HomeUtamaKegiatan Industri E-Sport Mampu Menjadi Kerjaya di Kalangan Belia Sabah - Yakub...

Kegiatan Industri E-Sport Mampu Menjadi Kerjaya di Kalangan Belia Sabah – Yakub Khan

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kegiatan permainan sukan elektronik (E-Sport) bukan lagi satu aktiviti yang dianggap sebagai aktiviti yang membuang masa atau sia-sia, malah telah menjadi industri yang mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda masa kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata program Kejohanan Sepanggar P.U.B.G Mobile Championship 2022, merupakan program inisiatif daripada Kepimpinan UMNO Bahagian Sepanggar untuk menyokong kegiatan industri E-Sport di kalangan belia Sabah dan Sepanggar amnya.

“Ini adalah titik mula dan peluang kepada semua atlet Sukan Elektronik di kalangan belia khususnya di Negeri Sabah, bilamana dapat untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang E-Sport.

“Untuk kejohanan pada kali ini, ianya merupakan kali Pertama dilaksanakan di Bahagian Sepanggar yang bertemakan ‘Enhancing Sepanggar Youth E-sport Community’ sebagai wadah untuk memperkasakan belia dalam sukan elektronik pada masa kini,” katanya semasa merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan selama dua hari bermula dari 26 Mac sehingga 27 Mac 2022 bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal.

Menurut Yakub, kejohanan E-Sport seperti ini juga akan mampu mendidik para belia dengan penggunaan teknologi dan juga seterusnya melahirkan belia yang sihat mental, berdaya saing dan penuh berdisiplin.

“Melalui aktiviti seperti ini, semestinya memerlukan semangat kesukanan yang tinggi dan sudah pasti dalam diri individu tersebut perlu mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan kerja berpasukan juga adalah kunci utama dalam aktiviti sukan seperti ini.

“Sukan E-Sport terbukti menjanjikan pulangan yang lumayan, apabila beberapa kejohanan seperti ini yang dipertandingkan di luar negara, telah menawarkan hadiah yang cukup lumayan, sehingga menawarkan hadiah wang tunai berjuta ringgit kepada pemenang.

“Bukan sekadar itu sahaja, bahkan sebagai pemain dalam sukan E-Sport ini juga dapat memberikan impak kepada personaliti atau kerja-kerja belakang tabir dalam menjayakan sesebuah kejohanan, seperti pengaturcaraan komputer, pereka bentuk grafik, pengulas E-Sport, Pengurusan Sukan Elektronik dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau juga akan memastikan dan mengangkat Kejohanan Sukan E-Sport ini di peringkat yang lebih tinggi lagi hingga ke peringkat antarabangsa.

Selain berterima kasih kepada pihak penganjur, Yakub turut meluahkan penghargaan kepada pihak penaja iaitu Kelab Kebajikan Raisul Sabah dan City University Malaysia yang telah menaja beberapa hadiah dalam kejohanan ini.

Dalam pada itu, kejohanan E-Sport tersebut menyaksikan sebanyak 32 pasukan dengan 170 peserta keseluruhannya yang akan berentap untuk merebut gelaran Juara. Disamping, hadiah wang tunai terkumpul sebanyak lebih RM10,000 akan menjadi tumpuan utama oleh semua pasukan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular