HomeUtamaGraduan cacat penglihatan menaruh impian menjadi pensyarah

Graduan cacat penglihatan menaruh impian menjadi pensyarah

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Cacat penglihatan bukan penghalang bagi Teoh Jia Long,29, untuk terus menempa kejayaan di peringkat tertinggi bagi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah.

Teoh berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Psikologi pada Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS disini semalam.

Beliau antara 4,728 graduan yang menerima PhD yang disampaikan dan disempurnakan Pro Canselor UMS yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Teoh ketika ditemui berkata, meskipun berusaha dan menambahbaik kemahiran yang ada namun kesaksamaan dalam pekerjaan melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) masih menjadi isu besar.

“Jujur saya katakan, sejauh mana kami sebagai OKU penglihatan atau mana-mana OKU, sejauh mana kami berusaha dan tambah baik kemahiran, cabaran utama kami terhadap pekerjaan masih menjadi isu besar.

“Jadi, perancangan saya akan terus mencari pekerjaan, jika ada bersyukurlah, jika diberi peluang, saya ingin menjadi pensyarah, saya harap betul diberi peluang menjadi pensyarah dimana-mana universiti,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini perkhidmatan dalam pekerjaan mempunyai dasar satu peratus pekerja OKU namun dasar itu masih belum tercapai.

“Jadi perancangan saya akan terus cari kerja, sekarang pun saya kerja sambilan sebagai Tutor English secara atas talian (online) tapi untuk kehidupan, pendapatan sangat tidak stabil,” katanya.

Dalam pada itu, Teoh mengakui menerima PhD bukan suatu yang menjamin masa depan tetapi perjalanan untuk mendapatkannya adalah berdasarkan kepada minat.

“Secara jujur, saya lega dapat PhD  Bukan gembira sebab bagi saya PhD adalah satu perjalanan yang berdasarkan minat sebab bagi saya, sijil tidak menjamin masa depan namun pembelajaran lebih kepada minat kita.

“Jadi saya seronok dapat mengejar minat saya terutamanya dalam bidang Psikologi positif yang memfokuskan kebahagiaan, itu yang saya gembira dapat kejar minat saya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya