HomeUtamaKerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN

Kerajaan Sabah dikenali sebagai GRS-BN

Read Time:1 Minute, 7 Second

TAMPARULI : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju agar Kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan kerjasama Barisan Nasional (BN) dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN.

Katanya, kerajaan GRS dibentuk bersama BN dan turut dipersetujui sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

“Ya memang itulah namanya, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah atau GRS. Ini termasuklah BN.  Walaupun BN dalam gabungan yang lain, tiada dalam gabungan GRS tetapi kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan GRS dan BN.

“Kita ada kerjasama dengan BN, bila menang PRN kita sama-sama bentuk kerajaan Negeri.  Jadi mulai sekarang kita panggillah GRS-BN,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Daerah Kecil Tamparuli disini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas cadangan Ketua UMNO Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mencadangkan supaya kerajaan Sabah dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN.

GRS sebelum ini didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan politik yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Parti Maju Sabah (SAPP) and Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sebelum pendaftarannya, GRS terdiri daripada Perikatan Nasional, BN dan PBS. Manakala komponen BN ialah Umno, MCA, MIC dan PBRS.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular