GLC Negeri Perlu Bayar Sekurang-kurangnya RM1 Juta Dividen Setiap Tahun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

TUARAN: Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dikehendaki membayar dividen sekurang-kurangnya sebanyak RM1 juta setahun kepada Kerajaan Negeri mulai tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan berbuat demikian ia akan membantu untuk meningkatkan tabung negara dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri tidak akan bergantung kepada GLC sahaja untuk mengisi tabung negara.

“Kami memerlukan pelabur untuk masuk… Pelabur datang membawa dana untuk melakukan projek mereka dan ini akan mewujudkan impak positif kepada rakyat dan memberi pekerjaan kepada rakyat ,” katanya semasa mendengar taklimat di sekretariat mukim Tamparuli di sini pada Ahad.

Hajiji turut menyatakan, salah satu ciri dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) atau Pelan tindakan pembangunan Sabah telah mewujudkan dasar mesra pelabur.

“Dalam tempoh satu setengah tahun sejak pelancaran SMJ, kami telah menarik lebih daripada 10 syarikat akan datang melabur di Sabah,” katanya.

Melalui SMJ, beliau berkata Sabah sedang mengorak langkah dalam peningkatan ekonominya dan ini terbukti apabila negeri itu mencatatkan RM5.44 bilion hasil tahun lepas, yang terbesar dalam sejarahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *