HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan turun dibawah paras 200 kes

COVID-19 : Jangkitan turun dibawah paras 200 kes

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus mencatat penurunan di bawah paras angka 200 kes apabila sebanyak 194 kes dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu adalah pertama kali direkodkan sejak 24 Januari lalu apabila sebanyak 51 kes menurun berbanding semalam.

“Kota Kinabalu yang mencatatkan pertambahan 61 kes semalam susut 42 kes hari ini dengan hanya 55 jangkitan baharu.

“Jumlah kes baharu yang lebih rendah di Kota Kinabalu antara faktor utama  yang menyumbang kepada jumlah kes yang lebih rendah bagi Sabah hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 55 kes, Tuaran 26 kes, Papar 18 kes, Sandakan 11 kes dan Tawau 10 kes.

Katanya, sebanyak 18 daerah pula mencatatkan jumlah kes baharu satu angka manakala daerah Semporna, Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini.

“Tiga kluster diisytiharkan tamat oleh JKNS hari ini, iaitu Kluster Pengkalan Abai (Kota Belud), Kluster Jalan Beluran Lama (Beluran) dan Kluster Batu Enam (Kota Belud). Hanya tinggal empat kluster yang masih aktif di Sabah.

“Seramai 187 orang atau 96.39 peratus daripada 194 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Terdapat tiga orang berada dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan satu  pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya