HomeUtamaPeruntukan bina PPRT perlu ditingkatkan - Yakub

Peruntukan bina PPRT perlu ditingkatkan – Yakub

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Peruntukan bagi pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) khususnya di Sabah diharap dapat ditingkatkan bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pihaknya juga akan terus berusaha membantu dan mengenal pasti mereka yang layak untuk menerima bantuan rumah berkenaan.

“Kita telah mengenalpasti khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai mereka yang layak untuk menerima bantuan PPRT, namun jumlah peruntukan agak terhad.  Kita akan usahakan secara bergilir mengikut masa.

“InsyaAllah saya akan usahakan lagi seberapa banyak rumah seumpama ini dalam DUN Karambunai.  Pada tahun lalu, kita (DUN Karambunai) diperuntukkan sebanyak 14 rumah PPRT dan saya harap akan ditambah lagi pada masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Rumah PPRT di Kampung Tebobon disini hari ini.

Yakun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, beliau tetap memberi perhatian kepada dua lagi kawasan di Parlimen Sepanggar yang diwakili pembangkang.

“Kalau kita lihat dalam kawasan Parlimen Sepanggar, kita mempunyai tiga DUN, Karambunai, Darau dan Inanam, namum saya akan memberi perhatian kepada kawasan ini.

“Hari ini dua daripada enam rumah yang diserahkan adalah di kawasan DUN Darau dan DUN Inanam.  Jadi saya berharap rayuan ini dapat didengari oleh Kerajaan Pusat dan seterusnya memberikan bantuan lebih khusus kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular