HomeUtamaSembilan lagi kontraktor ditahan SPRM, kemuka penyata bank palsu

Sembilan lagi kontraktor ditahan SPRM, kemuka penyata bank palsu

Read Time:1 Minute, 4 Second

TAWAU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Cawangan Tawau menahan seramai sembilan lagi kontraktor kerana dipercayai mengemukakan penyata bank palsu kepada sebuah pejabat kerajaan di daerah Semporna.

Sumber berkata, kesemua suspek berusia antara 29 hingga 56 tahun melakukan perbuatan itu pada tahun 2017 bagi mendapatkan sebut harga pengurusan kantin membabitkan tempoh selama dua tahun dengan nilai kontrak lebih RM200,000.

Difahamkan, kesemua kontraktor terbabit yang terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki telah ditahan jam 10 pagi tadi di pejabat SPRM Cawangan Tawau.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, Sabah dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, katanya SPRM Cawangan Keningau pada Jumaat minggu lalu turut menahan seramai dua kontraktor berusia antara 25 hingga 32 tahun atas kesalahan sama melibatkan nilai kontrak berjumlah kira-kira RM5 juta.

Beliau berkata, dua suspek masing-masing lelaki dan wanita itu ditahan kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan tender perkhidmatan pembekalan makanan untuk sekolah asrama rendah dan menengah.

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada semua kontraktor bahawa mengemukakan dokumen palsu merupakan satu kesalahan dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya