Pemanah Eugenius Lo Foh Soon.

Dua Pemanah PMDKK Mewakili Sukan Universiti Dunia dan Sukan Universiti Asia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua pemanah dari Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) meraih dua pingat perak dan satu gangsa daripada pemilihan memanah Sukan Universiti yang berlangsung selama empat hari di Kampus Gambang, Universiti Malaysia Pahang bermula 24 hingga 27 Mac baru-baru ini.

Kedua-dua pemanah tersebut iaitu Eugenius Lo Foh Soon dan Ahmad Afiq Akhiroman adalah ahli PMDKK.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung PMDKK Shiu Vui Leung, Eugenius Lo yang dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PMDKK ke-6 merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

‘Eugenius memenangi pingat perak bagi acara Individu Compound Men Elimination Round dan pingat gangsa daripada acara individu dalam Qualification Round 50m. Beliau berada di kedudukan ketiga antara 26 pemanah kompaun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Manakala Ahmad Afiq Akhiroman memenangi pingat perak dalam Pusingan Kelayakan Individu Recurve Lelaki yang terdiri daripada 39 peserta recurve.

Menurut Shiu, Ahmad Afiq pelajar dari Universiti Malaya dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pengurusan sukan. Ahmad Afiq juga merupakan jurulatih sambilan memanah recurve di PMDKK.

Eugenius dan Ahmad Afiq dipilih mewakili Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Jun 2022) di Chengdu, China dan Sukan Universiti Asia (Julai 2022) di Ubon Ratchathani, Thailand.

Presiden PMDKK, Ram Singh gembira mendengar berita gembira itu dan mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka.

Ram Singh turut menggesa semua jurulatih persatuan itu supaya melahirkan lebih ramai pemanah bertaraf antarabangsa untuk negeri dan negara.

“Jawatankuasa itu perlu membuat latihan berdasarkan ranking atau prestasi sebagai persediaan menghadapi temasya SUKMA akan datang yang akan diadakan tahun ini. PMDKK harus memberikan yang terbaik untuk negeri mencapai pingat emas yang disasarkan,” ujarnya.

Ahmad Afiq ialah bekas pemanah negara yang dilatih di Bukit Jalil manakala Eugenius Lo dilatih oleh bapa saudaranya Gabriel Liew yang merupakan Jurulatih Kompaun Negeri di PMDKK.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *