HomeIsu tempatanTerus menderma darah di bulan Ramadan

Terus menderma darah di bulan Ramadan

Read Time:1 Minute, 15 Second

BEAUFORT: Orang ramai digesa untuk terus menderma darah sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan stok bekalan darah di hospital mencukupi untuk merawat pesakit yang memerlukan khususnya pesakit kritikal.

Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Beaufort, Wong @ Rodzhan Wong Sammie berkata, meskipun umat Islam tidak dapat hadir menderma namun penganut agama lain masih boleh terus menderma darah.

“Apa yang saya difahamkan oleh Tabung Darah Hospital Beaufort, yang beragama Islam masih boleh menderma namun terdapat kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi sebelum menderma ketika berpuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Derma Darah Ambang Ramadhan anjuran PAWE Beaufort yang diadakan di pusat komuniti tersebut di Rumah Rehat Kerajaan, Pekan Beaufort, di sini semalam.

Katanya, antara kriteria utama bagi mereka yang berpuasa dan ingin menderma darah adalah makan secukupnya ketika sahur, rehat mencukupi dan tidur melebihi lima jam.

“Selain itu menderma awal sebelum jam 9 pagi dan pastikan anda berasa sihat ketika menderma, tanpa batuk atau selesema,” katanya.

Salah seorang penderma Rezuan Baniamin berkata, program tersebut sesuai dengan sasaran beliau yang mahu menderma darah di awal Ramadan selain turut menyeru agar lebih ramai lagi generasi muda tampil menderma.

PAWE Beaufort yang telah memulakan operasi sejak 2016 itu, merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Program Derma Darah kali ini adalah program kali kedua tahun ini sebagai galakan kepada masyarakat untuk terus menderma darah.

Tambah Wong lagi, pihaknya berharap darah-darah yang didermakan pada program itu bermanfaat pada minggu pertama bulan puasa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular