Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kiri) berbincang dengan Samsul Dollah semasa kunjungan itu.

Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pengarah Baharu MKN Sabah & SDO

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat pengarah baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan A.Wahid Khan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Noor Alam secara rasmi memulakan tugas baru di MKN pada 6 Mac 2022 lalu.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO). Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tempat Noor Alam di SDO kini disandang oleh Samsul Dollah, yang turut mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji, hari ini.

Samsul yang berasal dari Tawau sebelum ini bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *