Hajiji berbuka puasa bersama pemimpin BERSATU di kediamannya di Kg Serusup, Tuaran.

Ketua Menteri Berbuka Puasa Bersama AJK 3 Peringkat BERSATU Tuaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Jawatankuasa 3 Peringkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran di rumah kediamannya di Kampung Serusup, hari ini.

Hajiji merupakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dan Ketua Bahagian BERSATU Tuaran.

Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti tu di Pekan Tuaran.
Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti tu di Pekan Tuaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) 3 Peringkat yang hadir terdiri daripada AJK BERSATU Bahagian, AJK Srikandi dan Armada BERSATU Bahagian.

Antara yang hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Julia Salag, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman, Ketua Armada Bahagian, Mohammad Ghazali Hajiji, Setiausaha Bahagian, Afizal Aldin, Ketua Penerangan, Jamlin Ladin dan Bendahari Bahagian, And.Kanaan Abd.Razak.

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di daerah Tuaran turut hadir sama.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Bahagian Tuaran di pejabat parti tu di Pekan Tuaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *