Lima Buah Rumah Musnah Akibat Tanah Runtuh Di Skim Penempatan Telipok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Lima buah rumah musnah akibat kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi tadi. Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian.

” Setiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan dan melibatkan kerosakan lima buah rumah,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan Bomba menasihati pemilik rumah untuk mengosongkan kawasan tersebut dan berpindah ke tempat selamat kerana pegerakan tanah masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan.

Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 7.16 pagi tadi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *