HomeUtamaCOVID-19 : Jumlah jangkitan terendah dalam tempoh setahun

COVID-19 : Jumlah jangkitan terendah dalam tempoh setahun

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah merekodkan angka yang terendah dalam tempoh hampir setahun sejak 18 Mei 2021 apabila hanya merekodkan sebanyak 65 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan itu adalah sebanyak 59 kes berbanding jumlah yang direkodkan semalam.

Katanya, terdapat dua faktor yang menyumbang kepada jumlah jangkitan harian yang rendah di Sabah hari ini.

“Pertama, penurunan kes baharu dalam jumlah yang agak besar dibeberapa daerah dan kedua adalah kenaikan kecil atau marginal di daerah-daerah yang merekodkan pertambahan kes baharu.

“Antara daerah-daerah yang merekodkan penurunan kes baharu yang agak besar ialah Kota Kinabalu (-17), Penampang (-12), Putatan (-8), Beaufort (-8) dan Tuaran (-6).

“Sebaliknya, walaupun sembilan daerah mencatatkan pertambahan kes baharu tetapi enam daripadanya hanya merekodkan pertambahan satu kes berbanding sebelumnya,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu satu-satunya daerah yang mencatat kes baharu dua angka hari ini.

Katanya, sebanyak 16 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan 13 daripada daerah-daerah tersebut hanya mencatat kes baharu antara satu hingga empat kes.

“Tidak ada kes jangkitan baharu di 10 daerah. Sebagai satu peringatan, walaupun kes harian di Sabah telah menurun dengan banyak tetapi peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi pada 55.4 peratus.

“Seramai 59 orang daripada 65 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori satu dan Kategori dua dan masing-masinng dua orang pesakit dalam Kategori tiga, Kategori empat dan Kategori lima.

Dalam pada itu, Masidi berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua rakyat di negeri ini yang telah mempamerkan disipling tinggi dalam mematuhi semua prosedur standard operasi (SOP).

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVId-19 di Sabah, saya ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada rakyat negeri ini yang telah mempamerkan  disiplin tinggi  dalam mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa.

“Sikap ini sudah pasti membantu Kerajaan mengurus penularan COVID-19 dengan lebih berkesan. Lebih daripada itu, saya merakamkan jutaan terima kasih serta sanjungan budi kepada semua “frontliners” kita yang bekerja siang dan malam bagi menjamin keselamatan kesihatan untuk semua penduduk negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya