HomeUtamaAmbil langkah berjaga-jaga, patuhi SOP dimusim perayaan - Masidi

Ambil langkah berjaga-jaga, patuhi SOP dimusim perayaan – Masidi

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Semua lapisan masyarakat khususnya di negeri ini di seru untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) terus dipatuhi pada musim perayaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bagi memastikan tiada kes jangkitan COVID-19 yang baharu direkodkan di Sabah selain dapat mengurangkan jumlah kes harian pada tahap yang lebih rendah.

“Setiap kali ada perayaan, keterujaan untuk menyambut perayaan kadang kala kita lalai dalam mematuhi SOP.  

“Tidak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri, justeru saya berharap dan menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan tiada jangkitan baharu pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Menara Desa (Bangunan Korporat Desa) di Kolombong disini semalam bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Masidi berkata, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Sabah kerana terus berdisiplin dalam mematuhi SOP yang ditetapkan apabila berjaya merekodkan kes terendah sebanyak 65 kes pada Isnin lalu.

“Sebelum ini kita pernah merekodkan angka jangkitan kes sehingga lebih 6,000 kes dan hari ini (semalam) hanya 122 kes.

“Saya harus puji orang-orang Sabah kerana sikap kita untuk terus mematuhi SOP.  Jadi sempena hari raya ini, teruskan disiplin diri dalam pematuhan SOP,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya