Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berbincang dengan TYT Chainarong Keratiyutwong semasa kunjungan hormat itu.

Hajiji Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand & Pengurusan SK Nexilis Korea Selatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia, TYT Chainarong Keratiyutwong di pejabatnya di Menara Kinabalu, semalam.

Ini merupakan kunjungan pertama Chainarong ke Sabah.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan pengurusan atasan syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan bersama Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalannya, Datuk Dr.Joachim Gunsalam berbincang bersama Park Woncheol (dua dari kiri) dan Yi Jaehong.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalannya, Datuk Dr.Joachim Gunsalam berbincang bersama Park Woncheol (dua dari kiri) dan Yi Jaehong.

Rombongan Nexilis terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SKC Co.Ltd, Park Woncheol, CEO SK Nexilis Co.Ltd, Yi Jaehong dan CEO SK Nexilis (Malaysia) Sdn.Bhd, Shin Dong Hwan.

SK Nexilis merupakan syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan eletrik (EV), melabur sebanyak RM4.2 bilion untuk membina kilang pengeluaran pertama luar negaranya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Kilang kerajang tembaga itu kini sedang dalam pembinaan di kawasan seluas 100 ekar di KKIP, dan dijangka siap akhir tahun depan.

Kilang itu akan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan Sabah. Daripada 400 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan, 80 peratus pekerjanya akan diisi oleh anak-anak tempatan, termasuk golongan profesional.

Hajiji semasa melawat dan meninjau tapak pembinaan kilang itu di KKIP pada 17 Mac lalu berkata, SK Nexilis merupakan antara projek inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mula menampakkan hasil di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian.

“Pelaburan SK Nexilis akan memberi impak yang positif kepada sosio ekonomi Sabah khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, logistik dan rantaian yang berkaitan”, katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *