COVID-19 : Kes jangkitan kembali dua angka

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU :  Sabah kembali mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang baharu di bawah paras angka 100 dengan 63 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 38 kes berbanding jumlah semalam selain merupakan jumlah terendah sejak 17 Mei 2021.

“Mengambilkira kadar dan jumlah perubahan angka  jangkitan harian di semua daerah di Sabah, keadaan secara keseluruhan adalah stabil dan terkawal.

“Pada hari ini sebanyak 12 daerah mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu, sembilan daerah mencatatkan peningkatan kes dan enam  daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 12 kes tetapi menurun 21 kes berbanding jumlah sebelumnya.

Katanya, sebanyak 14 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 11 daripada daerah-daerah tersebut mencatatkan jangkitan baharu antara satu hingga lima kes sahaja.

“Tidak ada kes jangkitan baharu di 12 daerah lain iaitu Tambunan, Beluran, Telupid, Ranau, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Sipitang, Pitas, Tenom, Tongod dan Kalabakan.

“Seramai 57 orang daripada 63 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua orang dalam Kategori 4 dan empat orang dalam Kategori 5. Tidak ada pesakit  direkodkan dalam Kategori 3,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *