HomeIsu tempatanKYS agih sumbangan di Masjid Nur El-Nizam Sungai Kayu

KYS agih sumbangan di Masjid Nur El-Nizam Sungai Kayu

Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN : Seramai kira-kira 150 orang penduduk sekitar Kampung Sungai Kayu disini menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) bertempat di Masjid Nur El-Nizam Sungai Kayu kelmarin.

Program tahunan KYS itu turut dihadiri Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Mohamad Hamsan Awang Supain dan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sam Mannan.

Selain majlis berbuka puasa, turut diadakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta penyampaikan sumbangan duit Raya kepada 20 orang anak yatim Kampung Sungai Kayu serta dana pembangunan Masjid Nur El-Nizam.

Terdahulu, Mohamad Hamsan ketika berucap menzahirkan penghargaan beliau kepada KYS kerana memilih Masjid Nur El-Nizam sebagai tapak penganjuran program tersebut.

“Saya amat berbesar hati kerana dijemput hadir ke majlis Iftar pada hari ini (kelmarin), demi merasai keakraban antara komuniti kami dan KYS.

“Ramadan juga merupakan masa yang terbaik untuk bertemu dengan sanak keluarga dan taulan untuk berinteraksi dan memupuk perasaan hormat demi kemajuan dan kemakmuran rakyat Sabah.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada KYS kerana menjayakan program ini di samping memperbaharui ikatan silaturahim dan kerjasama yang telah lama terjalin antara kita dan KYS selama ini,” katanya.

Program itu turut mengutamakan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik, menyediakan bahan makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan di samping memupuk semangat persaudaraan dan persahabatan antara KYS dan masyarakat setempat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya