HomeUtamaPersidangan MPPS Akan Diadakan Di Sabah Pada Mei Ini

Persidangan MPPS Akan Diadakan Di Sabah Pada Mei Ini

Read Time:1 Minute, 25 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah akan mengadakan Persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang dijangka berlangsung di Kota Kinabalu pada akhir bulan Mei ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, MPPS akan digerakkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah dan Majlis Belia Sabah.

Katanya, MPPS ini bakal menghimpunkan pimpinan mahasiswa IPTA dan IPTS, politeknik, institut kemahiran, kolej komuniti, kolej matrikulasi dan pemimpin pelajar sekolah menengah dalam satu persidangan yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri Sabah.

“Peserta akan dibahagikan mengikut tujuh kluster iaitu Pendidikan dan Kerjaya; Alam Sekitar dan Kelestarian Hijau; Belia, Sukan dan Rekreasi; Ekonomi Anak Muda dan Perniagaan; Pertanian dan Pelancongan; Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan serta Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Selain dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan negeri, persidangan ini akan turut dihadiri oleh beberapa kementerian, jabatan dan agensi berkaitan bagi mendengar suara dan aspirasi para pimpinan mahasiswa dan pelajar Sabah. MPPS juga akan melibatkan pimpinan mahasiswa Sabah di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Semoga MPPS dapat dijadikan platform penting oleh anak muda Sabah untuk menyuarakan pandangan dan aspirasi mereka bagi sama-sama menjayakan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi PengajianTinggi Bersama Ketua Menteri Sabah yang dihadiri lebih daripada 1,000 mahasiswa dan mahasiswi Sabah di Semenanjung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, di sini malam Isnin.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar serta Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah Universiti Malaya, Nurul Farhani Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya