HomeUtamaILAM mahu beri sumbangan kepada pembangunan negeri seiring hala tuju SMJ

ILAM mahu beri sumbangan kepada pembangunan negeri seiring hala tuju SMJ

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) berhasrat mahu memberi peluang kepada profesion arkitek landskap tempatan untuk terus membangun dalam pendidikan, latihan, pendedahan dan peluang pekerjaan.

ILAM dalam satu kenyataan berkata, institut itu juga mahu memberi sumbangan kepada pembangunan negeri khususnya dalam hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) menerusi inisiatif penghijauan,SDGs dan alam sekitar.

“Selain itu, ILAM juga mahu mengukuhkan peranan arkitek landskap khususnya dalam perancangan landskap, reka bentuk, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan landskap negeri selain memberi peluang untuk mengemukakan pelan (PSP/SP) bagi projek landskap.

“ILAM juga mahu memberi peluang dan keutamaan kepada para arkitek landskap tempatan di Sabah dalam skop kerja berkaitan landskap.

“Ini adalah untuk membina kapasiti, pendedahan,mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri hijau selaras dengan aspirasi SMJ,” kata kenyataan tu disini hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden ILAM Central Malaysia Prof LAr. Dr. Nor Atiah Ismail bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

ILAM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Landsap Negara dan beberapa agensi lain untuk mencapai agenda hijau negeri Sabah.

Sementara itu, Masidi berkata, pihaknya melihat keperluan fizikal pembangunan landskap di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah adalah penting dalam usaha mewujudkan persekitaran hijau dan sejahtera.

Katanya yang turut berpendapat melalui peranan arkitek landskap akan dapat memberi suntikan kepada pembangunan landskap bagi penyediaan kawasan lapang yang teratur dan  berkualiti.

“Selain itu, ianya juga selamat digunakan oleh masyarakat di Sabah. Sehubungan itu, saya menyokong adanya akta bagi profession Arkitek Landskap.

“Tambahan lagi, peranan dan usaha bagi meningkatkan industri bagi semua profession di Sabah adalah penting bagi sama-sama membangunkan negeri ini selaras dengan hasrat kerajaan ke arah SMJ,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

G57 sambut baik kenyataan Zahid agar pimpinan & ahli UMNO tidak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular