HomeIsu tempatanProgram Perumahan SMJ Beri Harapan Baharu Rakyat Sabah - Khairul Firdaus

Program Perumahan SMJ Beri Harapan Baharu Rakyat Sabah – Khairul Firdaus

Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah untuk memastikan masalah perumahan rakyat dapat di atasi dari semasa ke semasa terbukti dengan pengumuman untuk mewujudkan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan berkata, masalah perumahan rakyat adalah antara satu isu yang dekat dengan keadaan rakyat dan Kerajaan GRS-BN akan berusaha untuk meletakkan agenda perumahan sebagai agenda perjuangan utama.

“Kita nampak masalah ini (perumahan rakyat), sebagai satu masalah yang dekat dengan rakyat dan inilah agenda perjuangan Kerajaan GRS-BN.

“Dengan matlamat untuk menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Negeri juga peka dan sentiasa melihat keperluan dan kehendak rakyat Sabah, apa yang orang-orang kita di Sabah perlu, dan kini, Rumah Mesra SMJ dengan dana dari geran khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 125.6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu semasa hadir dalam sebuah majlis berbuka puasa pada Rabu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bakal melaksanakan projek Rumah Mesra SMJ di sebanyak 1,500 unit di semua 73 DUN di seluruh negeri Sabah secara sama rata.

Projek itu merupakan antara inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan untuk membolehkan rakyat mendapat akses kepada kediaman mampu milik.

Rumah Mesra SMJ merupakan projek dahulunya yang dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan lebihan dana peruntukan keseluruhan bagi projek itu akan digunakan untuk membaiki jalan, jambatan gantung dan infrastruktur lain serta kerosakan harta benda akibat banjir.

Khairul Firdaus yang juga merupakan Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi turut menegaskan bahawa usaha berterusan pucuk pimpinan kerajaan GRS-BN dalam fokus mencapai hala tuju Sabah Maju Jaya adalah terbukti dan tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak.

“Kita boleh nilai, dan saya yakin rakyat turut memerhati kerana setiap satu tindakan yang diambil oleh kerajaan GRS-BN sejak awal, sentiasa berfokuskan kepada matlamat agar setiap perancangan dan langkah yang dilaksanakan benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.

“Kita juga sedang dalam fasa untuk permulaan Sabah yang semakin baik dan kerajaan akan terus berusaha dan berunding untuk mendapatkan 40 peratus manfaat sepertimana yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Langkah demi langkah, strategi demi strategi, perlahan-lahan, segala usaha yang diatur, dirancang dan dilaksanakan tidak lain tidak bukan adalah demi merealisasikan impian rakyat Sabah, untuk negeri Sabah dan inilah amanat yang sebenarnya dari rakyat sejak Pilihan Raya Negeri pada 2020 lalu,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular