HomeIsu tempatanMBS Sambut Baik KM Umum Bina Rumah Mesra SMJ

MBS Sambut Baik KM Umum Bina Rumah Mesra SMJ

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkenaan keputusan Kerajaan Negeri untuk membina 1,500 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di kesemua 73 kawasan DUN Sabah menggunakan peruntukan Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah.

Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, keputusan ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sabah yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah, selaras dengan inisiatif Hala Tuju SMJ untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Beliau juga turut memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah kerana berjaya mendapatkan kenaikan dalam Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah, iaitu peningkatan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bermula 2022.

Dalam pada itu, keputusan membina Rumah Mesra SMJ mendapat reaksi positif ramai pihak terutamanya golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya