COVID-19 : Sabah kembali pada zon stabil

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali berada pada ‘zon stabil’ apabila mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 kepada dua angka iaitu sebanyak 65 kes iaitu lebih rendah 84 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keadaan di semua daerah di Sabah turut stabil dan terkawal selepas dikejutkan dengan pengisytiharan kluster pendidikan di Lahad Datu semalam.

Katanya, hanya satu daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka iaitu Kota Kinabalu dengan 20 kes (+7).

“Daerah-daerah sekitar Kota Kinabalu seperti Tuaran (2), Penampang (6) dan Papar (9) juga mencatatkan jumlah kes baharu yang rendah, malah tidak ada kes baharu direkodkan di Putatan.

“Tidak ada tambahan kepada jumlah kes positif dikalangan pelajar di Kluster Sekolah Menengah Sains Lahad Datu setakat ini, dan daerah tersebut juga tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 16 daerah mencatatkan kes harian satu angka dan tujuh daripada daerah-daerah tersebut masing-masing merekodkan hanya satu kes baharu.

Katanya, tidak ada jangkitan baharu di rekodkan  di 10 daerah. Daerah-daerah tersebut ialah, Beluran, Kunak, Lahad Datu, Pitas, Putatan, Ranau, Sipitang, Tambunan, Telupid dan Tongod.

“Seramai 60 orang daripada 65 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua orang dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan dua orang dalam Kategori 5,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *