Pembinaan jambatan Sungai Liau, Keningau telah dimulakan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:47 Second

KENINGAU: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM7.2 juta bagi melaksanakan pembinaan Jambatan Sungai Liau Keningau yang baharu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pembinaan jambatan baharu di KM117.100 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom itu merupakan peruntukan yang disalurkan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia.

Katanya, kerja-kerja awalan pembinaan jambatan tersebut telah pun dimualakan manakala kerja-kerja fizikal di tapak akan bermula dalam masa beberapa bulan lagi.

“Jambatan yang diluluskan itu adalah jenis ‘steel girder bridge’ sepanjang 30 meter mengikut spesikasi jalan jenis R4 bagi menampung jumlah trafik yang tinggi pada setiap hari.

“Jambatan kekal yang baharu ini dibina bagi menggantikan box culvert yang ada sebelum ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Arthur berkata, pembinaan jambatan ini akan dapat mengurangkan risiko jalan terputus sepertimana yang berlaku sebelum ini.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk terus bersabar semasa tempoh pembinaan kerana mungkin akan berlaku ketidakselesaan jalan raya yang hanya bersifat sementara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *