HomeIsu tempatanSemua Pejabat Daerah Disaran Senaraikan Status Jalan-Jalan Terkini Setiap Daerah

Semua Pejabat Daerah Disaran Senaraikan Status Jalan-Jalan Terkini Setiap Daerah

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) meminta agar semua Pejabat Daerah di negeri ini dapat menyerahkan status jalan-jalan terkini di kawasan masing-masing yang memerlukan perhatian baik pulih atau penyelenggaraan di kawasan masing-masing, agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ali Ahmad Hamid berkata , status jalan sahih yang diperoleh dan bukan dibawah seliaan KKRS, akan membolehkan KKRS memohon dana dan perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut, sekaligus, menyegerakan proses baik pulih atau proses penyelenggaraan khususnya, terhadap jalan-jalan yang rosak.

” Agak sukar mengelak persepsi masyarakat, apabila berlaku isu-isu kerosakan jalanraya semuanya dikaitkan dengan JKR, walaupun jalan yang diadukan atau pun diviralkan di media sosial bukanya dibawah penyelenggaraan JKR ” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis iftar Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Moktar Radin bersama warga KKRS di salah sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Menurut Ali banyak ketegori jalan antaranya jalan persekutuan, jalan pertanian, jalan ladang, jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan dari agensi lain yang bukan dibidang kuasa JKR untuk memperbaikinya apabila berlaku kerosakan.

” Dengan adanya status jalan ini memudahkan pihak JKR membuat tindakan susulan terutamanya bagi jalan yang tidak berstatus, dimana pihak JKR akan membantu Pejabat Daerah berkenaan untuk memasukkan jalan dimaksudkan ke dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) dan Sabah Road Record Information System (SARRIS) untuk tindakan lanjut.

Menurut Ali jika status jalan ini diperolehi pihak JKR akan menghantar pegawai untuk melakukan pengukuran mengenal pasti nama jalan dan kemudian akan masukkan dalam senarai MARRIS of course peruntukan segera jika tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang sama akan dipohon peruntukan untuk tahun berikutnya, sebab itu JKR memerlukan status jalan dari pihak pejabat daerah di kawasan masing-masing ini.

Ali menambah pihaknya telah pun mengemukan surat berhubung dengan perkara ini kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan agar setiap Pejabat Daerah memberikan kerjasama bagi mengenal pasti status jalan di kawasan masing-masing dan setakat ini ada tiga pejabat daerah sudah menghantarnya antaranya Pejabat Daerah Nabawan dan Tenom.

Dalam perkembangan yang sama Ali berkata, JKR sentiasa komited dalam setiap aduan dilaporkan orang awam berhubung jalan-jalan rosak di negeri ini yang mana, pegawai jabatan akan segera dihantar untuk memeriksa dan menilai jalan yang dilaporkan dan melakukan penyelanggaran jika jalan yang diadukan dibawah seliaan JKR.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya