HomeUtamaJangan abaikan SOP di musim perayaan - Shahelmey

Jangan abaikan SOP di musim perayaan – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN : Masyarakat khususnya umat Islam di negeri ini digesa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain tidak leka dalam menyambut sambutan Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan SOP dipatuhi selain membantu mengurangkan jumlah jangkitan di negeri ini meskipun telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Janganlah kita leka dengan keputusan kes COVID-19 yang semakin menurun namun kita perlu sentiasa memainkan peranan untuk  memutuskan rantaian COVID-19 daripada risiko dijangkiti.

“Di samping itu, bersempena dengan kehadiran Syawal tidak lama lagi akan diraikan, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Program Ihya Ramadan 1443H/2022M di Masjid daerah Putatan, disini kelmarin.

Shahelmey berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah jangkitan COVID-19 di negara ini akan meningkat selepas perayaan Aidilfitri nanti.

“Jadi, saya ingin berpesan kepada rakyat apabila merayakan Aidilfitri sentiasa menjaga SOP ketika mengunjungi keluarga dan sahabat handai agar risiko jangkitan COVID-19 dapat dibendung.

“Selain itu juga, menjelang perayaan keadaan di pasar, kedai-kedai semakin sibuk, saya berharap para pengguna akan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengguna dan belilah barangan mengikut keperluan jangan membeli kerana panic,” katanya.

Terdahulu, Shahelmey berkata,  program anjuran Pejabat Daerah Putatan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini.

“Program ini juga dapat mengeratkan silaturahim di antara pemimpin dengan masyarakat kerana memandangkan dua tahun sebelum ini kita berdepan pandemik COVID-19 namun selepas diberi kelonggaran apabila memasuki fasa peralihan ke endemik maka kita dapat mengadakan aktiviti secara bersemuka,” katanya.

Dalam program yang sama, beliau menyampaikan bantuan makanan kepada seramai 30 orang golongan asnaf.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya