RANAU: Seramai 116 pesakit yang dimasukkan di wad hospital daerah ini meluah rasa gembira apabila menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin di sini, hari ini.
Sempena lawatan itu, Datuk Jonathan telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para pesakit sebagai antara usahanya meringankan beban para pesakit terlibat.
Pengarah hospital Ranau, Dr Eva Candra Susanti Suhali berkata, bagi pihak hospital merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas keprihatinannya menyantuni para pesakit yang berada di wad hospital tersebut.
“Sumbangan seumpama ini patut dicontohi oleh para pemimpin lain sebagai altenatif membantu meringankan bebanan para pesakit yang masih dalam rawatan pihak hospital (dalam Wad),” katanya.
Menurutnya, warga Ranau bertuah kerana, ada pemimpin seperti Datuk Jonathan satu-satunya Ahli Parlimen di Sabah yang membiayai kos rawatan pesakit yang dimasukkan dalam wad kerana semua kos rawatan termasuk pesakit yang terpaksa menerima rawatan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dibiayai oleh Datuk Jonathan dengan syarat pesakit itu adalah orang dari daerah Ranau”, tambah Dr Eva.
Turut hadir pada program itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian bersama rombongan Datuk Jonathan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau serta staff hospital Ranau.