HomeUtamaKetua Menteri Ucap Selamat Berjaya Kepada Amberly & Hayden, Wakil Pasukan...

Ketua Menteri Ucap Selamat Berjaya Kepada Amberly & Hayden, Wakil Pasukan Malaysia Ke WCOPA

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan selamat berjaya kepada Amberly Maidon dan Hayden Hansanon Humprey Suimin yang dipilih mewakili pasukan Malaysia ke World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang akan berlangsung di Disneyland, California, Amerika Syarikat pada 21 Julai hingga 2 Ogos 2022.

“Saya bangga dengan adik Amberly dan Hayden kerana dipilih mewakili negara ke WCOPA. Mereka akan membawa nama negeri Sabah, Malaysia ke persada dunia.

“Saya yakin mereka mampu melakukan yang terbaik. Saya mengucapkan selamat berjaya”, kata Hajiji semasa menemui Amberly dan ibu-bapanya di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hanya dua orang dari Sabah dipilih mewakili negeri ini ke WCOPA, yang juga dikenali sebagai “Olympics for Performers and Entertainers”, telah melahirkan ramai artis hebat di Malaysia seperti Fanzi Ruji, Eylia Guntabid, Aina Abdul dan allahyarham Siti Sarah.

Amberly sempat merakamkan gambar bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – Foto ihsan JKM

Amberly, 15, akan bertanding dalam kategori Vokal Junior (umur 13 ke 15 tahun) manakala Hayden dalam kategori Vokal Senior (umur 18 ke 24 tahun).

Amberly, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang telah memenangi pingat Emas dalam Malaysia Championship of Performing Arts (MCOPA) 2021.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular