HomePolitikUSNO ahli terbaharu sertai GRS

USNO ahli terbaharu sertai GRS

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menjadi ahli terbaharu yang diterima masuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu diumumkan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di Menara Kinabalu di sini petang tadi.

Hajiji berkata, parti itu telah membuat permohonan untuk menyertai GRS  pada Januari 2021 yang lalu.

“Pada mesyuarat ini kita telah membincangkan permohonan-permohonan dari parti-parti yang berminat untuk menyertai GRS.

“Keputusan kita pada mesyuarat ini telah bersetuju untuk menerima parti USNO untuk menyertai GRS.  Untuk makluman semua parti USNO telah memohon untuk menyertai GRS pada Januari 2021,” katanya.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya juga telah menerima permohonan dari parti lain seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM); Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Katanya, pihaknya amat menghargai permohonan dari parti-parti terlibat untuk menyertai GRS namun perlu mengambil masa apabila permohonan mereka baharu sahaja diterima beberapa bulan lalu.

“Namun kita secara konsensus berpendapat bahawa kita memerlukan sedikit masa untuk berinteraksi dan mempertingkatkan lagi persefahaman.

“Tetapi sebagai tanda penghargaan kita kepada hasrat mereka untuk menyertai GRS, kita akan libatkan mereka dalam program dan aktviti GRS,”katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya juga akan menjemput parti-parti berkenaan untuk menghadiri majlis pelancaran parti GRS pada 26 Mei ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Dengan penyertaan USNO, GRS kini telah mempunyai lima ahli termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular