HomeIsu tempatanProgram Psikososial Kembara Skuad Waja beri pendedahan aktiviti usahawan, cegah jenayah

Program Psikososial Kembara Skuad Waja beri pendedahan aktiviti usahawan, cegah jenayah

Read Time:1 Minute, 21 Second

KIULU : Program Psikososial Kembara Skuad Waja Negeri Sabah 2022 mampu memberi pendedahan kepada peserta dengan aktiviti keusahawanan bagi menjana pendapatan.

Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Tamparuli Datin Malianah Ugau berkata, selain memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai isu jenayah, program itu juga turut memberi fokus kepada aktiviti kesukarelawan.

“Aktiviti skuad WAJA memfokuskan kepada masalah sosial dan sebagainya tapi dalam masa yang sama sekaligus mereka akan mengendalikan aktiviti kepada wanita itu untuk penjanaan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Psikososial Kembara Skuad Waja Negeri Sabah 2022 di Rainforest Park Kiulu di sini semalam.

Seramai 93 orang peserta terdiri daripada lelaki dan wanita daripada 18 buah kampung sekitar daerah Tamparuli berpeluang menyertai program itu.

Program itu merupakan anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli.

Malianah yang juga Bendahari Kehormat Mutiara GRS berkata, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk memperkenalkan agen skuad WAJA (wanita anti jenayah dan bersemangat kental dalam usaha menangani keganasan terhadap wanita) dalam komuniti setempat.

Katanya, sambutan terhadap program ini amat menggalakkan apabila semua 93 peserta yang hadir telah mendaftar untuk menjadi ahli sukarelawan skuad WAJA.

“Malah, perancangan juga sedang diadakan untuk melibatkan semua kampung didaerah Tamparuli menyertai program ini,” katanya.

Skuad WAJA merupakan satu program sukarelawan dibawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang dilatih dengan menggunakan modul skuad WAJA merangkumi aspek empati,atensi ,Respon,sokongan, (E.A.R.S)

Pelbagai pengisian diadakan dalam program ini seperti senaman senam tari, taklimat pengenalan Skuad WAJA , Program Penjanaan Pendapatan dan Kemahiran Pembuatan Mini Tasbih & Rosary, Pocket Talk ‘bijak tangani stress’ yang dikendalikan oleh pegawai JPW sendiri

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya