HomeIsu tempatanInfesta Aidilfitri titik mula program bersemuka

Infesta Aidilfitri titik mula program bersemuka

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU :  Infesta Aidilfitri yang dilaksanakan semalam berjaya menjadi titik mula bagi program bersemuka Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Sabah.

Pengarahnya, Nadzerah Abdullah berkata,   program tersebut diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga jabatan itu serta penghuni bangunan Wisma Dang Bandang.

“Diharapkan program yang diadakan ini menjadi titik permulaan bagi memulakan aktiviti luar secara bersemuka dengan pematuhan prosedur standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Kehadiran Syawal ini menuntut komitmen berterusan untuk kita menyambung bakti memberi perkhidmatan cemerlang justeru, kerjasama semua warga kerja dan pemegang taruh amatlah diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Infesta Jabatan Penerangan di sini semalam.

Nadzerah berkata, ianya juga penting bagi memastikan JAPEN Sabah berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi menghadapi pelbagai situasi agar terus cemerlang dan relevan.,” katanya semasa Majlis Infesta Aidilfitri Jabatan Penerangan Sabah, pada Selasa.

Beliau turut optimis semua usaha dan peranan yang disempurnakan sepanjang pandemik COVID-19 akan menambah lagi pengalaman dan kematangan.

“Oleh itu, para pegawai diseru untuk terus memberi komitmen padu dalam menyampaikan maklumat dasar serta pembangunan negara kepada masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, Nadzerah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Gerai Terbaik, Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka JAPEN Sabah, manakala tetamu paling sporting  diraistaf Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Nazarudin Abu Bakar, Pakaian Lelaki Terbaik Sarah Bulindan (JAPEN Semporna) dan Wanita Terbaik, Dr. Ang Giek Choo (Jabatan Kesihatan Sabah).

Menjayakan program tersebut adalah beberapa agensi persekutuan di bangunan Wisma Dang Bandang antaranya Jabatan Meteorologi Sabah, Jabatan Imigresen Negeri Sabah, AADK, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perangkaan Sabah, Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia dan Kombinasi Saudagar Sdn Bhd.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular