HomeIsu tempatanSPRM tahan 2 individu terlibat kegiatan rasuah RM700,000

SPRM tahan 2 individu terlibat kegiatan rasuah RM700,000

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu yang terlibat dengan kegiatan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000.

Memetik laporan Utusan Borneo hari imi, menurut sumber kedua-dua individu yang juga pegawai kanan di sebuah jabatan dan pesara kerajaan itu didakwa menerima rasuah terbabit daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Katanya tindakan kedua-dua suspek itu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Suspek ditahan pada jam 11 pagi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah semalam,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Permohonan reman bagi suspek dijangka akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat berhubung kes ini,” katanya. – Utusan Borneo Online

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya