HomeIsu tempatanProgram pameran galak masyarakat berkunjung ke Muzium

Program pameran galak masyarakat berkunjung ke Muzium

Read Time:1 Minute, 57 Second

KUDAT : Penganjuran program pameran yang diselaraskan Jabatan Muzium mampu mengembangkan ilmu pengetahuan masyarakat bagi menggalakkan orang ramai datang berkunjung ke muzium.

Pengarah Jabatan Muzium Sabah Arif Abd Hamid berkata, ia temasuklah pelaksanaan program pameran dunia kecil serangga yang diadakan sempena Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri 2022.

Katanya, menerusi pameran itu, ianya akan dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kepelbagaian serangga yang ada di negeri ini.

“Sesungguhnya, saya yakin bahawa penganjuran pameran seumpama ini merupakan langkah yang terbaik ke arah meningkatkan lagi potensi muzium sebagai salah satu penyumbang utama kepada usaha kerajaan untuk menjana semula sektor ekonomi negara.

“Inisiatif ini, saya percaya, akan memberi lebih banyak pilihan dengan pelbagai variasi produk-produk pelancongan negara.

“Malah bukan sekadar melancong, muzium sebenarnya merupakan destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai informasi bermanfaat khususnya ilmu yang berteraskan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pameran Dunia Kecil Serangga sempena Hari Muzium Antarabangsa peringkat Negeri 2022 bertempat di Muzim tun Mustapha di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Bakri Nanun.

Arif berkata, hampir setiap negara di seluruh dunia mempunyai muzium sejarah alam yang mana objektif penubuhannya untuk mempamer dan mendidik masyarakatnya tentang kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat dinegara mereka dan seluruh negara amnya.

Katanya, keunikan haiwan-haiwan awet yang dipamerkan akan terus kekal sehingga hari ini hasil daripada kerja teliti para ahli taksidermi yang terlatih selain para konservator muzium yang sentiasa memastikan spesimen sentiasa selamat dan terpelihara.

“Di negeri Sabah, Jabatan Muzium Sabah ini adalah institusi yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara sebahagian besar spesimen-spesimen fauna yang terawet yang menjadi warisan negara ini.

“Pada hari ini, Jabatan Muzium Sabah akan melakarkan satu lagi sejarah apabila mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan program “Pameran Dunia Kecil Serangga” yang diadakan bagi mempamer dan mendidik masyarakat setempat.

“Semoga usaha ini juga dapat meningkatkan semangat kebersamaan antara Jabatan Muzium Sabah dan orang ramai untuk memelihara khazanah warisan kita bersama,” katanya.

Pada program itu, turut diadakan seminar serangga yang bertajuk kepelbagaian serangga dan kepentingannya kepada alam sekitar dan masyarakat. Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna.

Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada beberapa persatuan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini.

Antara yang menerima sumbangan ialah  Rumah Anak Yatim Kudat (Baitul Hidayah) ; Persatuan Thalassemia Sabah Cawangan Kudat; Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah Cawangan Kudat; Persatuan Kebajikan Generasi Warisan Kudat dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Kudat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular