LKM lancar dua aplikasi pengurusan perosak koko

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Koko Malaysia (LKM) melancarkan dua aplikasi pengurusan perosak koko yang menggunakan sistem digital atau data sepenuhnya.

Dua aplikasi itu ialah ‘Decision Making Cocoa (DMCOCOA) dan ‘Action Threshold-Intergrated Pest Management (AT-IPM Cacao).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin berkata, pembangunan aplikasi itu penting bagi menyokong usaha Kerajaan dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan pekebun kecil koko khasnya di peringkat huluan sektor koko.

Katanya, DMCOCOA adalah merupakan satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan dengan dua fungsi iaitu untuk bertindak sebagai sistem pemantauan dan pengurusan ulat perosak buah koko.

“Selain itu ianya juga berfungsi sebagai pangkalan data bagi merekodk hasil koko.  Aplikasi ini bakal membantu pengusaha koko menentukan masa yang sesuai untuk menggunakan racun serangga berdasarkn populasi telur perosak.

“DMCOCOA juga berfungsi sebagai pangkalan data hasil biji koko basah dan kering serta merekod nilai juala hasil biji koko.

“Pengunaan aplikasi ini akan membantu mengurangkan lagi penggunaan racun serangga secara berlebihan,” katanya ketika berucap merasmikan siri Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 anjuran LKM di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan majlis perasmian kursus Pelatih Super Koko (PSK) Sabah di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko.

Willie berkata, bagi aplikasi AT-IPM Cacao, ianya merupakan satu aplikasi sokongan interaktif yang telah dibangunkan untuk membantu para pekebun kecil koko bagi mengenal pasti waktu tepat bagi menjalani semburan racun serangga.

Katanya, pekebun kecil yang menggunakan aplikasi berkenaan akan dapat menjadualkan aktiviti semburan berdasarkan musim berbunga koko atau taburan saiz buah koko yang kritikal terhadap serangan serangga perosak koko.

“Aplikasi ini juga akan dapat membantu pekebun kecil koko menggunakan racun serangga secara berhemah dan kos elektif dalam usaha mengawal serangan perosak koko,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *