HomeSukanKim Swee puji semangat juang pemain bangkit cipta kejutan

Kim Swee puji semangat juang pemain bangkit cipta kejutan

Read Time:1 Minute, 44 Second

PULAU PINANG : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee memuji semangat juang anak buahnya yang bangkit melakukan serangan balas selepas Pulau Pinang menyamakan kedudukan dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Georgetown Pulau Pinang di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, Sabah FC berjaya menundukkan tuan rumah dengan keputusan 4-2 seterusnya memastikan skuad Badak mampu menjadi antara pasukan disegani musim ini.

Kim Swee berkata, beliau mengakui tidak menjangkakan pasukannya akan memperoleh jaringan yang banyak sehingga empat gol pada perlawanan ini.

“Jika ikut perancangan sudah tentu saya tidak menjangkakan sehingga empat gol tetapi pemain bangkit selepas gol penyamaan Pulau Pinang.  Ini menunjukkan pemain berada dalamtahap yang cukup baik.

Datuk Ong Kim Swee

“Ini terutamanya dari segi mentaliti ataupun keyakinan mereka selepas Pulau Pinang menyakan kedudukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memuji kebolehan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang mampu memanfaatkan peluang yang ada seterusnya berjaya menjaringkan dua gol dengan aksi menariknya.

“Dengan posisi yang berlainan dimana kita tahu, mereka bermain 120 minit tempoh hari di Kota Kinabalu dalam Piala FA dan sudah tentu ini memberi kesan dari segi keletihan.

“Namun majoriti pemain menunjukkan tahap kecergasan yang memuaskan,” katanya.

Terdahulu, pada perlawanan itu, skuad kendalian Kim Swee terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol, sekali gus meletakkan pasukan Sabah berada di depan.

Bersambung babak kedua, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol T. Saravanan pada minit ke-51.

Tersentak dengan jaringan itu, Sabah menggandakan asakan dalam usaha mencari gol dan Jackson De Souza kembali meletakkan pasukan itu di depan menerusi jaringan pada minit ke-57.

Selang tiga minit, Baddrol sekali lagi menjaringkan gol dengan melakukan ‘overhead kick’ untuk gol ketiga Sabah.

Skuad Rhinos terus melakukan lebih banyak serangan serta berjaya menambah jaringan gol menerusi sepakan Stuart John Wilkin pada minit ke-66.

Namun pada minit ke-76, Hilal El-Helwe kemudian merapatkan kedudukan untuk Penang FC.

Keputusan 4-2 kekal berpihak kepada Sabah sehingga wisel penamat ditiup sekali gus meletakkan pasukan itu berkongsi 15 mata dengan JDT di carta Liga Super dengan perbezaan perlawanan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC beraksi tanpa 6 pemain utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular