LKIM lancar Pelan Inisiatif Antirasuah PINTAR 2022-2026

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 56 Second

KUALA LUMPUR — Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini melancarkan Pelan Inisiatif Antirasuah (PINTAR) LKIM 2022-2026.

Pelan Insisiatif yang dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan industri Asas Tani Dr Seri Dr Ronald Kiandee itu menggariskan enam bidang keutamaan iaitu tadbir urus, pengurusan Kewangan dan perolehan, pengurusan operasi, pengurusan bantuan dan insentif, penguatkuasaan undang-undang serta pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.

“Pelan ini telah pun dibukukan supaya dapat dijadikan rujukan pada semua peringkat perkhidmatan di LKIM. Tahniah LKIM atas usaha ini katanya ketika berucap sewaktu majlis Anugerah Perkhidmatan cemerlang LKIM di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur malam ini.

Dr Ronald yang turut menyeru warga LKIM agar terus berkhidmat dengan semangat
kebersamaan dan budaya kerja yang berprestasi tinggi memandangkan cabaran yang dihadapi subsektor makanan ini.

“ Subsektor perikanan berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya pasca pandemik COVID-19 yang mesti ditangani secara bersama bagi memastikan kemampanan sektor ini sekaligus membangunkan sektor perikanan secara mampan seperti yang digariskan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 atau DAN 2.0.

“ Antara cabaran-cabaran tersebut termasuk perubahan iklim (climate change), pengurangan sumber asli, penangkapan yang berlebihan, isu nelayan asing tanpa izin, kebergantungan kepada pekerja asing, kekurangan penglibatan belia serta tahap penerimagunaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang rendah.

Menurutnya lagi Cabaran-cabaran ini tentu sekali akan menjejaskan prestasi subsektor ini dan kesejahteraan golongan sasar pada masa hadapan sekiranya tidak ditangani dengan baik walaupun subsektor ini telah mencapai SSL melebihi 90% secara konsisten dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Sehubungan dengan itu jelas Dr Ronald lagi, komitmen warga LKIM yang berterusan di setiap peringkat adalah amat penting dalam menangani cabaran dan seterusnya memperkukuhkan sektor perikanan negara bagi memastikan hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara katanya.

Di dalam majlis itu Seramai 103 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada pelbagai gred dan jawatan iaitu 14 orang daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred Jawatan 41-54), 45 orang daripada Kumpulan Pelaksana/Sokongan 1 (Gred Jawatan 29:40), 35 orang daripada Kumpulan Sokongan 2 (Gred Jawatan 19-28) dan 9 orang daripada Kumpulan Sokongan 3 (Gred Jawatan 1-14).

Turut hadir dalam majlis ini, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk
Badrul Hisham bin Mohd, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),
Tuan Yusoff bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Encik Kusuadi bin Sallih dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, Hajah Khaironnesak binti Omar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *