HomeUtamaRPHK TB22 dilaksana secara khidmat luar

RPHK TB22 dilaksana secara khidmat luar

Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU : Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko (RPHK) Tanaman Baharu 2022 (TB22) akan dilaksanakan secara khidmat luar (outsourcing) di seluruh negara akan melibatkan keluasan kawasan tanaman seluas 350 hektar.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Anak Mongin berkata, bagi negeri Sabah, TB22 akan dilaksanakan di kawasan tanaman seluas 300 hektar.

Katanya, menerusi program ini, khidmat kontraktor akan digunakan bagi menyiapkan kerja-kerja pembukaan dan pembersihan kawasan tanaman koko yang baharu.

“Usaha Kerajaan ini akan dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan dan aktiviti fizikal yang perlu ditanggung sendiri oleh para pekebun kecil koko.

“Program RPHK ini juga akan menyaksikan pembinaan 25 unit mini pemprosesan koko dengan kapasiti dua tan di seluruh negara. Ia khusus untuk membantu para pekebun kecil menjalankan aktiviti pengeringan biji koko,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Perjumpaan Bersama Peserta Program RPHK TB22 di Lohan Rest House, di sini hari ini.

Sempena program itu, seramai 100 pekebun kecil koko di daerah ini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Program RPHK.

Program itu telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang meliputi komponen Projek TB, Projek Pembinaan Mini Pengeringan Koko serta Aktiviti Pemindahan Teknologi dan Pengembangan.

Willie berkata, Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan melantik ejen-ejen pengembangan untuk mengendalikan kursus tanaman koko dan demonstrasi teknologi terus kepada para pekebun kecil koko di bawah skop Program RPHK ini.

Pada lawatan itu, beliau turut mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Ranau Highland Cocoa Cluster (RHCC) yang terletak di Kampung Napong, Ranau.

Kompleks RHCC mula dibina pada bulan Oktober 2019 dengan nilai keseluruhan RM12 juta dan dijangka siap pada tahun 2023.

Kompleks ini bakal menjadi mercu tanda serta pusat pentadbiran dan operasi utama Koperasi Kluster Koko Sabah Berhad (KKSB) dalam menjalankan aktiviti berkaitan urusniaga biji koko basah dan kering, produk berasaskan koko serta pusat agro pelancongan.

Willie berkata, kadar permintaan biji koko akan meningkat lebih tinggi sejajar dengan penyediaan prasarana dan kemudahan untuk aktiviti jual beli koko yang lebih kondusif di Kompleks RHCC kelak.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya