HomeUtamaPM Meraikan Majlis Jamuan Aidilfitri BN di Sabah

PM Meraikan Majlis Jamuan Aidilfitri BN di Sabah

Read Time:54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut kira-kira 3, 000 jemputan khas menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Sabah di Grand Ballroom Magellan Sutera Harbour, di sini, hari ini.

Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang untuk lawatan dua hari ke Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi BN Sabah turut mengiringi Perdana Menteri ke majlis itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan jemaah menteri kabinet semasa Majlis Jamuan Aidilfitri BN di Magellan Sutera, di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan orang ramai semasa majlis itu.

Majlis itu turut hadiri pemimpin-pemimpin komponen BN, jemaah kabinet negeri, termasuk mantan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan jemputan khas yang lain.

Perdana Menteri akan merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, esok (20 Mei).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya