HomeIsu tempatanOrang ramai diingatkan berhati-hati dengan penipuan menerusi 'online' - DSP Simiun

Orang ramai diingatkan berhati-hati dengan penipuan menerusi ‘online’ – DSP Simiun

Read Time:2 Minute, 15 Second

RANAU: Orang ramai khususnya di daerah ini, diingatkan agar lebih berhati-hati dan tidak terjebak dengan kegiatan  sebarang bentuk penipuan seperti Macau Scam, pinjaman kewangan dan pembelian kenderaan tidak wujud serta banyak lagi menerusi alam maya (Online).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Semiun Lomudin berkata, berikutan kes-kes penipuan melalui Online, kerugian di daerah Ranau telah mencecah nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM1.8 juta sehingga kini amat membimbangkan.

“Dengan sebab itu, saya menasihatkan kepada para pemimpin masyarakat akar umbi agar memberi  penerangan secukupnya kepada awam supaya tidak berurusan dengan mereka (macau scam) kerana ia merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara”, tegas DSP Simium ketika menyampaikan taklimat  pada Program Santai Info On Wheels@Diskopi dan Taklimat Keselamatan dan Jenayah di Bilik Mesyuarat Jabatan Penerangan (JaPen) daerah Ranau pagi tadi.

Program itu dihadiri lebih 30 orang pemimpin masyarakat  akar umbi dari daerah Ranau.

Beliau juga memohon para pemimpin  setiap kampung terutama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua-Ketua Kampung supaya memberi kerjasama melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk pihak Polis  sekiranya ada mengetahui kehadiran  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan mencurigakan di tempat masing-masing yang dikhuathiri tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Laporkan segera jika ada PATI yang berada di mana-mana kampung untuk siasatan lanjut”, tegas Simiun, sambil memaklumkan kes jenayah di daerah Ranau masih dalam keadaan sangat terkawal dan tidak ada yang membimbangkan.

Menurutnya kebanyakan kes  yang berlaku di Ranau adalah Pecah Rumah, Kes curi Kenderaan, Jenayah Kekerasan dan Sumbang  Mahram tetapi telah  dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

DSP Simiun juga menegaskan agar melaporkan atau menyerahkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui ada memiliki, menyimpan atau membuat senjata api buatan sendiri (Bakakok) kerana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pegawai JaPen Ranau, Kenny Thomas dalam ucapannya berterima kasih atas kehadiran DSP Simiun yang disifatkannya sebagai telah membantu pihak JaPen menjayakan program tersebut.

Menurutnya, program itu adalah antara aktiviti yang dijalankan pihak JaPen ke arah merealisasikan hasrat dan arahan kerajaan untuk menyampaikan info-info yang sahih dan bukan seperti yang diwar-warkan menerusi aplikasi Whatsapp yang kadang-kadang mengelirukan dan tidak tepat.

“Inilah tujuan kita mengadakan program ini untuk mendengar maklumat-maklumat yang sahih seperti yang dijelaskan DSP Simiun sebentar tadi.

“Objektif program seumpama ini juga adalah untuk mempertingkatkan  kefahaman , kesedaran kepada rakyat terhadap dasar, program dan inisiatif  kerajaan berkaitan hal ehwal keselamatan.

Turut hadir pada program itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd Hisyamudin Harun, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau, Tan Eng Sing, ahli-ahli Jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia daerah Ranau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular