HomeSukanGimrama tunai janji sapu emas di Hanoi 

Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi 

Read Time:1 Minute, 6 Second

HANOI: Tidak lama selepas mengungguli kedudukan 1-2 dalam saingan all-around individu Sukan SEA 2021, atlet gimnastik berirama (gimrama) memenuhi janji mereka untuk mempertahankan pingat emas dalam saingan berpasukan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan pasukan gimmastik negara kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada gimmastik artistik dan  dua dalam gimrama.

Skuad negara yang dibarisi Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung nyata tidak menghadapi masalah mempertahankan emas yang dimenangi di Manila 2019 apabila mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola(23.050).

Sementara itu, perak dimenangi wakil tuan rumah, Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 dan gangsa diraih Vietnam (37.800).

Bagi jurulatih gimmastik berirama negara, Eriko Akebayashi mengakui gembira apabila anak didiknya terus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi kali ke-30 di Manila 2019.

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker dilaporkan berkata, kontinjen negara pada landasan tepat untuk mencapai sasaran 36 emas, 35 perak dan 75 pingat gangsa.

Beliau berkata, Malaysia masih mempunyai beberapa lagi sukan pilihan seperti gimrama, karate dan taekwondo yang mampu menghadiahkan pingat untuk mencapai sasaran itu sebelum temasya berkenaan menutup tirai pada 23 Mei ini. 

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya