HomeUtamaKerajaan komited laksana pelbagai program, pastikan bekalan makanan mencukupi

Kerajaan komited laksana pelbagai program, pastikan bekalan makanan mencukupi

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU:  Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah komited untuk melaksanakan pelbagai program dalam usaha memastikan bekalan makanan di negeri ini mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, salah satu pembaharuan yang dilakukan adalah menerusi program mengenalpasti, mengumpul dan menanam semula spesies- spesies padi dan buahan-buahan yang hampir pupus selaras dengan Program Biodiversiti Sedunia yang bakal diraikan pada 22 Mei ini. 

“Pembaharuan ini turut memberi pengiktirafan kepada pengeluar hasil makanan, padi dan buah-buahan yang berjaya membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang ini sebagai satu langkah yang baik untuk menggalakkan peningkatan pengeluaran.

“Selain itu, penubuhan Pusat Seni Budaya yang bertujuan untuk membantu mengembangkan karier penyanyi dengan lebih baik menerusi program sugandoi akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah ditemui media pada Program Influencer@Japen sempena Pesta Kaamatan yang bakal diadakan pada 30 dan 31 Mei ini.

Jeffrey hadir sebagai tetamu jemputan dalam  Program Influencer Bersama Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 yang bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook rasmi jabatan tersebut.

Beliau berharap Pesta Kaamatan pada kali ini  dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia dan mempromosikan budaya, tradisi serta potensi Sabah dalam sektor pelancongan dan ekonomi untuk menarik perhatian pelancong dan pelabur asing datang ke Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular