Ganding bahu pastikan kebersihan terpelihara

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

PUTATAN: Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan aspek pemuliharaan dan kebersihan alam sekitar melibatkan komuniti di negeri ini terus terpelihara.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, persefahaman di antara akar umbi dan pemerintah dalam konteks itu mampu membawa kepada kejayaan pelaksanaan hasrat kerajaan.

Katanya, langkah itu juga selaras dengan salah satu daripada tiga fokus utama Keluarga Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

“Ia sebenarnya adalah merupakan satu daripada cabang tiga fokus Keluaraga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Kita bersyukur kita dikurniakan alam semula jadi yang begitu indah yang kaya dengan pelbagai hasil. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai individu komuniti setempat untuk memelihara dan memuliharanya, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis gotong royong dan penanaman pokok kelapa sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Sabah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di daerah Putatan, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia; Dato Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia; Dato Zahimi Hassan dan Pegawai Daerah Putatan; Haryani  Anah Abdul Kahar.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, program itu sejajar dengan kempen Bersih Putatan 2022 yang telah dilancarkan pada 1 April lalu.

“Program ini sejajar dengan kempen Bersih Putatan 2022 yang bertujuan untuk membudayakan Masyarakat yang mementingkan kebersihan.

“Ianya agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan sejahtera serta mengelak daripada jangkitan penyakit”

“Saya amat mengalu-alukan komitmen daripada semua ahli masyarakat sama ada di daerah Putatan atau di negeri Sabah secara amnya untuk mempunyai kesedaran dalam memelihara dan memulihara alam semula jadi,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *