Rakyat Sabah contoh terbaik amal konsep ‘Keluarga Malaysia’

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Kepelbagaian etnik dan budaya di Sabah dalam menyambut suatu perayaan mampu mengeratkan perpaduan serta kerjasama masyarakat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran berkata, keharmonian itu juga mampu membentuk satu kerjasama yang baik sebagai satu keluarga tanpa mengira latar belakang agama atau etnik.

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran ketika berucap pada majlis itu semalam

“Seperti majlis yang diadakan pada kali ini iaitu Hari Raya Aidilfitri; Kaamatan dan Hari Gawai asrama Malaysia merupakan salah satu cara untuk kita memupuk semangat Keluarga Malaysia khususnya dikalangan pelajar sekolah.

“Kita juga dapat lihat apabila masyarakat di Sabah turut bersama meraikan kepelbagaian perayaan yang disambut bersama tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri; Kaamatan dan Hari Gawai Asrama Malaysia di perkarangan Amal Sabah Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah Kota Kinabalu di sini semalam.

Ariff menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar yang hadir

Hadir sama, Pengetua SM Maktab Sabah Nurani Fauziah Derin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor.

Sementara itu, Ariff berkata, semua pihak khususnya di sekolah perlu terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) berdasarkan garis panduan sekolah 4.0 yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas memasuki fasa endemik.

“Disebalik kita menyambut perayaan ini, kita harus ingat akan bahayanya COVID-19, di mana selama dua tahun kita berperang dengan pandemik ini.

“Secara amnya, sekolah ini mempunyai asrama di bawah KPM iaitu Program Asrama Malaysia (AMal). Antara matlamatnya ialah menempatkan murid pelbagai kaum dan berlainan sekolah dalam satu asrama dengan bermatlamatkan perpaduan.

“Modal insan yang akan dilahirkan melalui AMal kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *