HomeIsu tempatanAmbil peluang lawatan, bantu usaha basmi kemiskinan di Sabah - Jahid

Ambil peluang lawatan, bantu usaha basmi kemiskinan di Sabah – Jahid

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Anggota dan kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah yang menyertai lawatan ke Kampung Orang Asli Tibang Ulu Slim Perak baru-baru ini diseru untuk menghayati inti pati perjalanan lawatan berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, lawatan yang turut disertai beberapa Pegawai Daerah itu juga diseru untuk mengambil pengalaman untuk dipraktikkan di negeri ini.

“Semoga lawatan ini dapat dijadikan satu pendekatan baharu dalam usaha membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Antara intipati lawatan ini adalah untuk melihat sendiri perkembangan projek bekalan lampu solar yang ditaja oleh pihak Petronas bagi menerangi rumah-rumah di kampung berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jahid berkata, kampung berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya bergantung sepenuhnya kepada set jana kuasa.

“Namun dengan adanya teknologi lampu solar seperti ini, sekurang-kurangnya dapat membantu memberi bekalan elektrik di setiap rumah, terutamanya lampu,” katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan lawatan itu, kerana selain berpeluang melihat sendiri perkembangan tersebut, kehadiran mereka juga dihargai, malah semua ahli rombongan dapat saling mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, perjalanan lawatan sangat bermanfaat. Saya percaya beberapa Pegawai Daerah yang turut bersama rombongan telah melihat sendiri keberhasilan program tersebut untuk dibawa pula oleh pihak Petronas ke daerah-daerah memerlukan di Sabah. Insyallah. Kita doakan yang terbaik.

“Bagi pihak kerajaan Negeri Sabah, mengucapkan terima kasih kepada pihak Petronas atas usaha murni membantu rakyat memerlukan,” katanya.

Program yang disertai seramai 19 ahli rombongan itu bermula pada 19 Mei dan berakhir pada 21 Mei lalu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya