HomeUtamaKaunter bergerak, skuad bantuan MUIS prihatin bantu laksana khidmat secara inovasi

Kaunter bergerak, skuad bantuan MUIS prihatin bantu laksana khidmat secara inovasi

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hari ini melancarkan kaunter bergerak zakat dan skuad bantuan MUIS prihatin bagi membantu menyebarluas informasi berkenaan zakat kepada masyarakat Islam selain menyantuni asnaf yang berhak menerima bantuan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia melibatkan enam buah kenderaan lori masing tiga akan digunakan sebagai unit kaunter bergerak zakat manakala tiga buah lagi akan digunakan bagi skuad bantuan MUIS prihatin.

“Pada hari ini Ketua Menteri telah melancarkan kenderaan bergerak untuk MUIS melaksanakan khidmat secara inovasi dimana tiga buah akan dijadikan kaunter bergerak untuk melaksanakan proses zakat, pengagihan zakat dan yang berkaitan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan tetamu lain menunjukkan tanda bagus semasa meninjau Kaunter Bergerak Zakat.

“Manakala tiga buah lagi akan digunakan sebagai skuad bantuan MUIS prihatin dimana kita akan membawa barangan bantuan yang diperlukan untuk disalurkan kepada mangsa sekiranya ada musibah berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan lori unit kaunter bergerak zakat dan skuad bantuan MUIS prihatin di Masjid Bandaraya di sini hari ini.

Majlis penyerahan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Safar Untong; Timbalan Yang Dipertua MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad dan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor meninjau lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin.

Mohd Arifin berkata, pelaksanaan kaunter bergerak dan MUIS prihatin itu merupakan salah satu inisiatif MUIS berdasarkan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk memperkasa, memudahkan dan menginovasikan usaha-usaha membantu umat Islam selain membantu rakyat.

Katanya. ianya juga akan memodenkan lagi usaha untuk mempercepatkan lagi proses membayar zakat selain menerima zakat yang terus mendapat tempat dikalangan umat Islam di negeri ini.

“Pada tahun lalu kita menerima tambahan sumbangan zakat dari umat Islam yang membayar zakat berjumlah RM21 juta berbanding sebelumnya RM101 juta dan pada 2021, sebanyak RM121 juta telah kita terima seterusnya sumbangan berkenaan diagihkan keseluruhannya pada tahun berkenaan juga,” katanya.

Lori berkenaan masing-masing akan diletakkan di Kota Kinabalu; Sandakan dan Tawau

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular