Warga JPNS diseru terus amal perkhidmatan yang baik

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) diseru untuk terus memperkukuhkan lagi azam selain itizam dan memantapkan ikhtiar untuk bersama-sama mengubah perkhidmatan awam kepada perkhidmatan yang dihormati.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, dengan adanya perkhidmatan yang baik sudah tentu perkhidmatan awam akan turut disegani, diteladani kerana kepantasan perkhidmatan, integiritidan profesionalismenya.

“Bagi merealisasikan matlamat ini, kita perlu melakukan perubahan melalui perubahan minda dan tingkah laku serta cara bekerja yang baharu.

“Kita semua perlu berani berubah, ke arah yang lebih baik dan fokus minda kita untuk meletakkan integriti dan amanah sebagai tonggak utama dalam perubahan yang kita ingin capai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPNS di Wisma JPNS di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah JPNS Tah Nia Jaman; Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Abidin Marjan; Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Dr Mohd Kassim Tussin.

Mohamad berkata,  kerjasama dan bersatu tidak kira pangkat, bangsa, agama dan fahaman politik merupakan kunci utama dalam membentuk sebuah organisasi yang terbilang.

Katanya, bagi menjaga hubungan baik antara individu di dalam sebuah organisasi setiap ahli perlu melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur.

“Ini kerana dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, setiap pekerja perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

“Aspek penting lain dalam perkhidmatan awam ialah pegawai yang berintegriti iaitu merujuk kepada pegawai yang menjawat apa sahaja jawatan diamanahkan perlu bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, berwibawa serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, apabial berlaku sesuatu konflik kepentingan, keutamaan haruslah diberikan kepada kepentingan awam.

“Oleh  itu, adalah penting bagi semua penjawat awam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya supaya kepercayaan masyarakat umum terhadap penjawat awam tidak terjejas,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *