HomeUtamaPembukaan cawangan Agrobank usaha strategik bantu tingkat ekonomi penduduk

Pembukaan cawangan Agrobank usaha strategik bantu tingkat ekonomi penduduk

Read Time:1 Minute, 18 Second

TELUPID : Pembukaan cawangan Agrobank di daerah ini merupakan satu usaha strategik yang berterusan demi pembangunan golongan ‘unserved’ dan ‘under-served’.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya berharap agar kegiatan ekonomi penduduk akan dapat dipertingkatkan terutama melalui kemudahan pembiayaan yang holistik dan mampan.

“Daerah ini adalah sebuah daerah yang sangat sinonim dengan sektor pertanian seperti tanaman sayur-sayuran, penternakan serta perladangan komoditi kelapa sawit dan getah yang penting.

“Telupid terletak 232 kilometer dari Kota Kinabalu dan 130 kilometer dari Sandakan. Saya memahami permasalahan yang dihadapi penduduk di kawasan ini yang memerlukan perkhidmatan perbankan bagi urusan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Agrocorner Agrobank Telupid di sini hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berharap agar kerjasama strategic bersama Agrobank ini akan terus diperkukuh pada masa akan datang.

“Untuk rekod, dari Januari hingga April 2022 sahaja, sejumlah RM 127 juta kelulusan pembiayaan Agrobank telah dicatatkan di Sabah.

“Daripada jumlah itu, RM2.5 juta pembiayaan terkumpul telah dicatatkan di kawasan Beluran.  Saya berharap agar kegiatan ekonomi penduduk juga dapat terus dipertingkatkan terutamanya melalui kemudahan pembiayaan yang khusus untuk komuniti agromakanan dan juga peniaga-peniaga di Telupid dan kawasan-kawasan berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, Agrobank juga akan melancarkan dalam masa terdekat ‘mobile bank’ di kawasan daerah lain di Sabah untuk memberi perkhidmatan secara ‘mobile’ kepada penduduk luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan perbankan di daerah mereka.

“Ini usaha berterusan Agrobank untuk menyantuni rakyat di luar bandar agar mereka juga turut diberi kesempatan kemudahan perbankan seperti warga lain di kota,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya