APMM tahan bot tunda beroperasi di kawasan larangan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:38 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot tunda bersama sebuah tongkang kerana beroperasi di luar kawasan dibenarkan di perairan Labuan semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata semasa rondaan rutin sekitar tengah hari, pasukan peronda APMM mengesan sebuah bot tunda dan sebuah tongkang pada kedudukan kira-kira 1.2 batu nautika dari Pulau Labuan.

“Semasa pemeriksaan anggota kami mendapati bot tunda dan tongkang itu dikendalikan oleh empat kru warga tempatan dan seorang kapten berusia antara 28 hingga 53 tahun,” katanya

Lesen kapal itu hanya menetapkan ia dibenarkan beroperasi di perairan Kudat, Sabah, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nudin berkata kapten bot tunda dan tongkang serta semua kru telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *