HomeUtamaIdentiti 2 mayat remaja ditemui dalam Alphard dikenal pasti

Identiti 2 mayat remaja ditemui dalam Alphard dikenal pasti

Read Time:1 Minute, 2 Second

CYBERJAYA — Dua mayat yang ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir sebuah kondominium di Cheras, Ahad lepas, dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar, mangsa dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul masing-masing berusia 19 tahun.

“Saya sahkan identiti mereka telah dikenal pasti dan polis masih menyiasat kes berkenaan,” katanya menurut laporan Bernama.

Mengulas mengenai bagaimana kenderaan itu boleh berada di kawasan itu, Muhammad Idzam berkata, ruang parkir berkenaan terbuka kepada awam walaupun kedua-dua mangsa bukan penghuni kondominium terbabit.

“Mana-mana individu yang datang ke residensi (kondominium) berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir tersebut tetapi ia lengang dan jarang digunakan walaupun sudah siap dua tahun lepas. 

“Hanya kereta mangsa yang berada di lokasi berkenaan, iaitu di sudut hujung berdekatan dinding ketika ia ditemui.

“Kereta itu dipercayai dipandu oleh seorang daripada remaja itu. Ia berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan parkir terbabit yang merakamkan MPV itu masuk ke lokasi, namun tiada pergerakan keluar masuk melibatkan kedua-dua si mati,” katanya.

Ahad lepas, dua remaja terbabit yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing ditemui dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular