HomeIsu tempatanKerja naik taraf jalan ke Gunung Trusmadi dijangka siap dalam tempoh 24...

Kerja naik taraf jalan ke Gunung Trusmadi dijangka siap dalam tempoh 24 bulan

Read Time:1 Minute, 5 Second

TAMBUNAN: Kerja menaik taraf jalan berbatu kerikil (gravel) menuju ke puncak kedua tertinggi di Malaysia, Gunung Trusmadi, dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, kerja menaik taraf jalan sepanjang 7.3 kilometer yang bermula di kilometer 3.9 Jalan Mesej di Tambunan dan berakhir di Butterfly Gate Gunung Trusmadi merupakan satu projek pembangunan yang dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan.

“Kerja-kerja projek naik taraf bernilai RM43 juta itu bermula pada 23 Mei tahun ini dan dijangka siap pada 22 Mei 2024.

“Ini adalah berita baik kerana bukan sahaja penting bagi industri pertanian Tambunan, malah penyiapan kerja menaik taraf jalan dari batu kerikil kepada jalan berturap, ini akan membantu melonjakkan industri ekopelancongan di daerah ini,” katanya.

Gunung Trusmadi, pada ketinggian 2,642 meter, adalah gunung kedua tertinggi di Sabah dan Malaysia, selepas Gunung Kinabalu. Pendakian ke puncak Trusmadi pula dikatakan lebih sukar sedikit berbanding Gunung Kinabalu.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berharap sebaik jalan ke gunung itu siap, lebih ramai orang akan mengetahui gunung itu dan lokasinya, dan para pendaki akan menjadikannya salah satu destinasi utama mereka di negara ini.

“Pada masa sama, komuniti pertanian di sepanjang jalan akan lebih mudah mengangkut produk mereka ke pasaran yang lebih besar, sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya