HomeUtamaSabah diberi keutamaan dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara

Sabah diberi keutamaan dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi jaminan akan memberi keutamaan sepenuhnya kepada Sabah dalam rancangan pembangunan terutamanya dalam telekomunikasi negara.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, pada ketika ini, lebih RM1 billion telah diperuntukkan dan diluluskan bagi melaksanakan pelbagai program telekomunikasi.

Katanya, antaranya termasuklah Program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Projek Point of Presence (PoP) serta pembekalan perkhidmatan jalur lebar termasuk di kawasan pedalaman di negeri ini.

“Justeru itu, pihak K-KOMM serta agensi-agensi dibawahnya dan syarikat termasuklah telco yang sama terlibat akan memberi tumpuan sepenuhnya dan ini jaminan saya kepada Ketua Menteri Sabah.

“Kita akan bekerja kuat dan memberikan keutamaan yang tinggi kepada Sabah dalam rancangan pembangunan terutama sekali dalam telekomunikasi negara,” katanya ketika berucap pada Program RIUH Bah! Bersama Hotlink di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan dan Menteri Pembangunan Masyakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Annuar berkata, Sabah menjadi antara negeri yang kaya dengan kreativiti serta keupayaan bagi mengetengahkan pelbagai karya industri kreatif.

“Saya merasakan Sabah perlu diberikan perhatian yang sewajarnya kerana disinilah terdapat potensi industri kreatif yang boleh dibanggakan negara kita.

“Program seperti ini adalah bagi menggerakkan semula industri kreatif negara kerana kita percaya dalam usaha kita memulihkan ekonomi negara seterusnya memperbaiki semula tahap pendapatan KDNK negara.

“Industi kreatif ini juga antara sektor yang boleh menyumbangkan dengan sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya